fbpx
Suspek dan rampasan dadah MDMA di sebuah kediaman di Segambut, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu. Foto IPD SENTUL

Dadah MDMA lebih RM1.7 juta dirampas di Segambut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Satu sindiket pengedaran dadah jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) tumpas dalam serbuan di sebuah kediaman di Segambut, di sini melibatkan rampasan dadah berjumlah lebih RM1.7 juta.

Dalam serbuan oleh pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 11 Jun lalu itu, seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, rampasan dadah berkenaan melibatkan jenis serbuk MDMA (anggaran berat 1167.4 gram), Pil Erimin 5 (anggaran berat 69.2 gram), Pil Ecstasy (anggaran berat 186.63 gram), Ketamine (anggaran berat 1158.9 gram) dan Pil Yaba (anggaran berat 7.27 gram).

Menurutnya, jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh menampung penggunaan seramai 349,872 pengguna pada satu masa.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek yang juga penganggur mendapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine. Hasil semakan rekod jenayah mendapati, suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

“Suspek terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah ini sejak enam bulan lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula 12 hingga 18 Jun bagi membantu siasatan.

Katanya, pihak Polis akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas dan sumber bekalan diperolehi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN