PETALING JAYA – Rakyat Malaysia terutama di Wilayah Persekutuan ‘terpaksa’ menunggu kira-kira dua bulan lagi untuk menikmati cuti umum akan datang, memandangkan tiada cuti selepas ini termasuk bulan Julai.
Berdasarkan tarikh penting pada kalender 2026, rakyat Malaysia menikmati cuti esok iaitu Awal Muharram, manakala cuti umum seterusnya perlu menunggu lama iaitu pada 25 Ogos Maulidur Rasul dan 31 Ogos Hari Kemerdekaan.
Dalam pada itu, seorang pengguna Thread Aqmalbaik turut memuat naik hantaran supaya cuti esok dinikmati sepuas-puasnya oleh rakyat Malaysia.
“Nikmatilah cuti esok (hari ini) sepuas-puasnya. Lepas ni tak ada cuti umum dah dua bulan, bersedialah bang, kak semua,” kata @Aqmalbaik.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, malah ada yang merancang mengambil cuti tahunan memandangkan tiada cuti umum sepanjang tempoh dua bulan ini.
Selain itu, ada juga penduduk di negeri-negeri terlibat, selain Wilayah Persekutuan yang berkongsi mereka masih boleh menikmati cuti umum pada Julai memandangkan terdapat tarikh penting melibatkan negeri mereka.
“Cuti umum untuk Persekutuan memang tiada untuk tempoh dua bulan lagi, tapi sesetengah negeri ada cuti umum untuk bulan depan,” komen pengguna Thread @Adila Rahana.
“Cuti umum tak ada, cuti tahunan ada. Kita buat dia,” kata @Kay.kdiey.
“Kita buat cuti sendiri, awal lagi minta cuti tahunan,” kata @Izzaty236.
Bagaimanapun, ada juga yang masih bekerja esok memandangkan syarikat atau majikan mereka tidak meletakkannya sebagai cuti umum sekali gus mereka perlu menunggu Ogos kelak untuk menikmati cuti umum seterusnya.
“Bukan semua majikan ambil cuti esok ye. Cuti esok tak wajib ye, aku lah tu, sedih,” komen @Tiniedairy.
“Nak nikmati, tapi esok kerja. Jadi tak ada cuti sampai bila-bila,” komen @Frhamr.azmn. – KOSMO! ONLINE














