fbpx
Mohd. Dusuki (dua dari kiri) merasmikan Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara di SK Pasir Hor, Kota Bharu, hari ini.

Kes Zaharif: AGC mahu pertuduhan bunuh dikembalikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan bagi meneliti semula keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun enam bulan terhadap pegawai kanan polis dalam kes kematian pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkata, rayuan yang difailkan minggu lalu di Mahkamah Rayuan itu antara lain bertujuan meneliti kemungkinan mengembalikan pertuduhan asal terhadap tertuduh iaitu membunuh.

“Rayuan itu kita mahu meneliti segala aspek kes ini. Sama ada perlu hujah atau perlu dikembalikan kepada pertuduhan asal iaitu membunuh,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Abdul Razak, 47, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan menyebabkan kematian Muhammad Zaharif, tiga tahun lalu.

Pengakuan tertuduh direkodkan di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapan pada 15 Disember 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN