fbpx
Tuanku Muhriz bersama Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan diiringi kedua-dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1448 Hijrah di Masjid Tuanku Muhriz di Bandar Seri Jempol, sebentar tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Jangan biar perebutan kuasa ganggu kedamaian – Tuanku Muhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mengingatkan semua pihak agar tidak membiarkan perebutan kuasa dan ketamakan mengganggu kedamaian yang dinikmati bersama selama ini.

Baginda bertitah, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan negeri hanya dapat dipelihara menerusi pentadbiran yang berteraskan amanah serta tata kelola yang baik.

“Janganlah kita membiarkan perebutan kuasa dan ketamakan mengganggu kedamaian serta ketenteraman yang dinikmati bersama.

“Setiap pemimpin hendaklah sentiasa melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta meletakkan kepentingan negeri dan rakyat mengatasi segala pertimbangan lain,” titah baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1448 Hijrah di Masjid Tuanku Muhriz di Bandar Seri Jempol, di sini sebentar tadi.

Titah baginda, semakin tinggi kedudukan seseorang pemimpin, semakin besar amanah dan tanggungjawab yang dipikul, sekali gus menuntut mereka mendahulukan kepentingan rakyat serta negeri berbanding kepentingan peribadi.

Dalam pada itu baginda turut mengingatkan, setiap maklumat yang diterima menerusi media sosial perlu disemak kesahihannya terlebih dahulu sebelum disebarkan bagi mengelakkan penularan fitnah, kekeliruan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN