fbpx
Bazit Adetokunibo hilang selepas keluar dari sebuah maahad tahfiz di Kuang, Rawang, semalam.

Bazit keluar dari maahad, belum pulang sejak semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun hilang sejak semalam selepas keluar dari maahad tahfiz sejak pukul 7.30 pagi semalam di Kuang, Rawang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, kehilangan kanak-kanak tersebut dikenali sebagai Bazit Adetokunibo Rafiu dilaporkan oleh seorang lelaki tempatan pukul 10.32 malam tadi.

“Lelaki itu menyatakan anak di bawah jagaannya telah keluar dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Habibiyyah, Jalan Kuang, Batu 20 Kuang, Rawang.

“Fizikal kanak-kanak ini ialah berbadan kurus, tinggi kira-kira 126 sentimeter, berkulit hitam, rambut hitam kerinting, bermata bulat warna hitam, hidung sederhana dan bermuka bujur,” katanya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pakaian terakhir kanak-kanak lelaki tersebut.

Sehubungan itu, orang ramai yang menjumpai dan mempunyai sebarang maklumat mengenai kedudukan Bazit Adetokunibo boleh menghubungi balai polis berdekatan atau menghubungi Sarjan Mohd. Hizam Talib di talian 012-6550262. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN