fbpx
Tangkap layar kejadian yang didakwa berlaku, malam ini.

Baru pukul 8 malam sudah buat hal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Nissan Almera dipercayai dipandu individu mabuk mencetuskan perhatian orang ramai selepas kenderaan itu dilaporkan naik ke atas divider jalan berhampiran Q Bistro, Jalan Tun Razak malam tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar pukul 8 malam itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang menunjukkan keadaan Nissan Almera terbabit tersadai di atas pembahagi jalan selepas insiden berkenaan.

Orang ramai yang berada di lokasi turut dilihat berkumpul bagi menyaksikan kejadian tersebut, manakala aliran trafik di kawasan berkenaan dilaporkan sedikit terganggu.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi mengenai punca sebenar kejadian atau sama ada terdapat kecederaan melibatkan pemandu dan pengguna jalan raya lain.

Seorang pengguna media sosial yang memuat naik rakaman kejadian itu berkata, kejadian berlaku terlalu awal dan telah menyusahkan orang ramai.

“Pembahagi jalan pun dia ingat parkir lot agaknya. Nasib baik naik pembahagi jalan, kalau langgar orang lagi naya,” jelas pengguna tersebut.

“Awal sangat ni, belum tengah malam dah buat hal atas jalan raya,” kata Milwoo Adnan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN