fbpx

Tiada campur tangan pihak luar elak dua jawatan tertinggi UMNO dipertandingkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tiada ‘campur tangan’ pihak luar untuk mengelakkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, keputusan tidak mempertandingkan kedua-dua jawatan itu adalah termaktub mengikut klausa dalam Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), dan memerlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk mengabsahkan sesuatu keputusan.

“Tiada campur tangan luar kerana ada dua pengadu yang mencabar usul yang dikemukakan dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada 2022 dan usul itu diteliti oleh Pengerusi Tetap yang mengikut semua peraturan serta fasal dalam Perlembagaan.

“Perlu diketahui bahawa badan tertinggi (UMNO) adalah PAU, apabila PAU membuat keputusan dan ia diterima lebih 95 peratus perwakilan, maka kita masih santuni aduan yang dibuat oleh dua ahli UMNO itu,” katanya di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pandangan bekas pemimpin UMNO yang mendakwa ada sesuatu tidak kena dengan pengeculian tersebut, Ahmad Zahid berkata, ia adalah sebagai pandangan peribadi individu tersebut.

“Sebagaimana yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail), jika ada yang tak puas hati maka mereka boleh buat aduan ke mahkamah,”katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI