fbpx
Ahmad Zahid ketika berucap pada Sambutan Hari Imigresen di Cyberjaya hari ini.

Tidak perlu letak jawatan, PM ada kuasa mutlak pecat atau lantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana menteri, timbalan menteri atau pengerusi badan berkanun meletakkan jawatan susulan dakwaan menyerang ‘rakan’ dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahmad Zahid berkata, ini kerana, kuasa menentukan kedudukan mereka terletak sepenuhnya di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pelantikan pemegang jawatan berkenaan merupakan hak mutlak Perdana Menteri dan sebarang tindakan hanya boleh diputuskan oleh beliau berdasarkan maklumat yang diperoleh beliau.

“Kuasa pelantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri. Jadi, kalau Perdana Menteri mengesyaki ataupun dapat maklumat yang benar, itu adalah kuasa mutlak Perdana Menteri dan tak perlu sesiapapun meletakkan jawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen Tahun 2026, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Perdana Menteri supaya mana-mana menteri, timbalan menteri atau pengerusi badan berkanun yang menyerang sesama rakan dalam Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) melepaskan jawatan masing-masing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara (kuasa melantik dan memecat) tersebut merupakan prerogatif Perdana Menteri.

“Ia kuasa Prerogatif Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Anwar dilaporkan mengingatkan semua anggota pentadbiran kerajaan dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan agar tidak menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang parti atau pemimpin yang menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan terutama dalam kempen PRN Negeri Sembilan.

Menurut Perdana Menteri, mana-mana pihak yang memilih untuk berbuat demikian sewajarnya bersedia untuk melepaskan jawatan kerana tindakan itu bercanggah dengan semangat kerjasama yang dipersetujui dalam kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN