fbpx
Ab. Rauf bertemu rakyat di Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat sempena WRUR di DUN Merlimau di Jasin, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Kekosongan jawatan PH dibiar hingga PRN – Rauf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Kerajaan Negeri tidak akan melantik pengganti bagi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung serta lantikan politik lain yang dikosongkan wakil Pakatan Harapan (PH) sehingga tamat penggal pentadbiran semasa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, keputusan itu dibuat kerana tempoh pentadbiran kerajaan negeri ketika ini tidak lagi berbaki lama, sekali gus tidak memerlukan sebarang pelantikan baharu.

“Seperti dimaklumkan sebelum ini, jawatan itu terbubar secara automatik. Kita tidak akan isi kekosongan itu kerana tidak mempunyai waktu yang cukup,” katanya selepas Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, beliau menerima keputusan PH itu dengan hati yang terbuka.

Menurut beliau, perbezaan pendirian politik tidak seharusnya dijadikan medan permusuhan atau serangan peribadi sehingga menjejaskan keharmonian rakyat.

“Itu pilihan mereka, kita pun tidak mahu memanjangkan lagi permasalahan ini. Jika itu pilihan merekakita terima dengan hati yang terbuka.

“Cuma kita tidak mahu perkara ini menjadi medan pergaduhan atau serangan yang tidak baik kerana semua pihak boleh menyuarakan pandangan, tetapi biarlah secara profesional dan boleh diterima seluruh rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN