PASIR SALAK – Bekas Ketua Pemuda UMNO berpendapat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming perlu meletak jawatan berikutan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan dengan ringkas memaklumkan, sekiranya sudah berjanji, perkara itu perlu ditunaikan.
“Itu (letak jawatan) kena tanya dia tapi kalau sudah berjanji, kena tunaikan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak 2026 di Dewan Besar Pekan Baru, Chenderong Balai di sini hari ini.
Media melaporkan baru-baru ini, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP berkata akan menjadi individu pertama meletakkan jawatan jika BN menang dalam PRN Johor dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan.
Dalam PRN Johor semalam, Barisan Nasional menang 48 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Berhubung kemenangan besar BN itu, Khairy berkata, pertambahan lapan kerusi DUN itu membuktikan gabungan parti tersebut dengan majoriti meningkat termasuk undian golongan muda.
“Kita jangan takbur dan sombong dengan kemenangan ini kerana ada PRN Negeri Sembilan, Melaka dan PRU kelak,” katanya.-KOSMO! ONLINE.















