fbpx

Menyamar rider buat jenayah ragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fakhruddin (kiri, depan) ketika menunjukkan barang rampasan di lobi Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya, hari ini. - Foto oleh NURUL IZZATI ZAINI/ KOSMO!

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang bertindak menyamar sebagai pemandu e-hailing untuk melakukan kes ragut jalanan telah berjaya ditahan di sekitar Petaling Jaya, 22 Februari lalu.

Suspek yang merupakan warga tempatan, berusia 25 tahun dipercayai memperoleh beg penghantar makanan dan baju syarikat e-hailing tersebut daripada hasil curi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, satu laporan kes ragut telefon pintar telah diterima pada 21 Februari lalu.

“Kira-kira pukul 10 pagi, seorang warga tempatan berusia 25 tahun telah diragut ketika sedang melintas jalan.

“Bertindak atas maklumat, polis dari cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya telah menangkap suspek pertama pada 22 Februari sekitar pukul 6.30 petang di Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya dan mengaku telah menjual telefon pintar milik mangsa kepada rakan sepenjenayah,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Mohamad Fakhruddin, suspek kedua iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun telah ditahan di Kampung Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Tambahnya, satu unit telefon pintar yang disyaki kepunyaan mangsa telah dirampas dan kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai tiga rekod lampau berkaitan samun dan curi kenderaan manakala suspek kedua mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek telah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya sehingga 28 Februari lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`