fbpx
GABUNGAN pelbagai perkhidmatan di Google Drive membolehkan mesyuarat, perkongsian dokumen dan pengurusan jadual dilakukan dalam satu ekosistem yang saling berkaitan terutama era kerja hibrid.

Produktiviti awan permudah urusan kerja hibrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EVOLUSI teknologi telah menjadikan dunia pekerjaan masa kini semakin bergantung kepada mekanisme digital bagi memastikan setiap urusan dan operasi kerja dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, cekap dan sistematik.

enggunaan platform penyimpanan awan (cloud) dan aplikasi kolaborasi menjadi keperluan penting dalam menyempurnakan tugasan, khususnya yang melibatkan kerjasama pasukan atau kumpulan berskala besar.

Menurut Pegawai Pemasaran, Kelly Smith, menguruskan fail kerja yang disimpan dalam pelbagai peranti mampu mengakibatkan kehilangan dokumen penting.

Begitu juga proses berkongsi maklumat dengan rakan sekerja akan mengambil masa yang lebih lama kerana bergantung kepada e-mel dan pemindahan fail secara manual.

“Situasi itu berbeza apabila menggunakan Google Drive dan Google Workspace yang sudah menjadi rutin perkongsian fail dan mudah digunakan untuk pekerja modular (fleksibel).

“Dahulu saya menyimpan banyak dokumen dalam komputer riba dan pemacu storan luaran. Jika berlaku kerosakan peranti atau terlupa membawa storan tersebut urusan kerja boleh terganggu.

“Sejak menggunakan Google Drive, semua fail penting boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja selagi mempunyai sambungan internet,” katanya di agensi berita asing.

Baginya kelebihan utama Google Drive adalah keupayaan menyimpan dokumen secara dalam talian dengan selamat serta kemudahan menyusun fail mengikut kategori yang diperlukan.

Kelebihan utama platform digital itu memudahkannya mencari semula dokumen lama tanpa perlu menghabiskan masa menyelongkar pelbagai fail atau storan fizikal.

“Penggunaan Google Workspace merangkumi aplikasi seperti Google Docs, Google Sheets dan Google Slides turut membantu meningkatkan produktiviti kerja.

“Ciri penyuntingan secara masa nyata membolehkan beberapa individu mengakses dan mengemas kini dokumen yang sama pada waktu serentak tanpa perlu menghantar pelbagai versi fail.

“Jika kerja projek melibatkan ramai ahli pasukan, setiap pekerja boleh memberikan input terus pada dokumen sama dan tidak perlu menghantar fail berulang kali melalui e-mel kerana semua perubahan boleh dilihat serta-merta,” ujarnya.

Ciri tersebut bukan sahaja menjimatkan masa, malah membantu mengurangkan risiko kesilapan akibat penggunaan versi dokumen atau kekeliruan ketika suntingan dokumen.

Gabungan pelbagai perkhidmatan di Google Drive membolehkan mesyuarat, perkongsian dokumen dan pengurusan jadual dilakukan dalam satu ekosistem yang saling berkaitan terutama era kerja hibrid.

Aspek keselamatan data membolehkan fungsi kawalan akses kepada pemilik fail menentukan siapa yang boleh melihat, memberi komen atau menyunting dokumen, sekali gus membantu melindungi maklumat sensitif syarikat.

“Bagi saya ini bukan alat penyimpanan digital tetapi platform yang membantu mengubah cara bekerja menjadi lebih sistematik, fleksibel dan efisien.

“Membolehkan kita bekerja dengan lebih pantas dan teratur di samping memudahkan urusan pejabat serta memberi ketenangan kerana semua data penting boleh diakses dengan mudah serta disimpan dengan lebih selamat,” katanya.

Kesimpulannya, penggunaan teknologi awan dapat membantu pekerja dan organisasi untuk kekal produktif dalam persekitaran kerja yang semakin digital lebih-lebih lagi dengan cara kerja masa kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN