fbpx
Kon Yeow (kanan) menerima buku laporan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2027 daripada Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Zairi Mat Ali di DUN, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus sebulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 7,292 penjawat awam di Pulau Pinang menerima khabar gembira selepas kerajaan negeri mengumumkan pemberian bonus satu bulan bulan gaji pada Disember ini.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurut beliau, pemberian berjumlah RM16.207 juta itu adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap komitmen, dedikasi dan sumbangan penjawat awam dalam memastikan kelancaran pentadbiran serta pembangunan negeri.

“Secara keseluruhannya, pemberian itu melibatkan 7,292 penjawat awam dengan jumlah pembayaran sebanyak RM16.207 juta,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri turut mengumumkan imbuhan tunai secara sekali bayar (one-off) sebanyak RM300 kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Bantuan itu turut melibatkan guru Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) serta kakitangan kedua-dua institusi berkenaan.

Selain itu, kakitangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, guru tahfiz, guru pondok, guru Tadika Islam serta guru dan kakitangan sekolah persendirian Cina di Pulau Pinang turut menerima imbuhan sama.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN