fbpx
Kapten Sepanyol, Rodri (kiri) kecewa apabila pasukan gagal mematahkan benteng Cape Verde pada aksi awal pagi tadi. - AFP

Piala Dunia 2026: Sepanyol nyaris dimalukan negara ‘kerdil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Cape Verde mencipta kejutan terbesar Piala Dunia 2026 setakat ini apabila mengikat juara Eropah, Sepanyol dengan keputusan seri 0-0 dalam aksi Kumpulan H awal pagi tadi.

Cape Verde yang menduduki ranking ke-67 dunia itu mempamerkan pertahanan cukup berdisiplin untuk mengekang asakan skuad La Roja, sekali gus meraih mata berharga dalam penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia.

Sepanyol yang hadir sebagai antara pasukan pilihan kejohanan menguasai sebahagian besar permainan, namun gagal memecahkan benteng kebal Cape Verde sepanjang 90 minit.

Ketiadaan pemain sensasi, Lamine Yamal dalam kesebelasan utama jelas memberi kesan kepada kreativiti serangan skuad La Roja.

Bintang Barcelona itu hanya dimasukkan pada babak kedua kerana masih dalam proses mendapatkan semula kecergasan susulan kecederaan hamstring yang memaksanya berehat hampir dua bulan.

Namun, kemasukan Yamal tetap gagal mengubah nasib Sepanyol apabila Cape Verde terus bertahan dengan penuh disiplin dan keberanian.

Seorang lagi tonggak utama Sepanyol, Nico Williams turut dimasukkan pada penghujung permainan selepas melalui musim yang sukar bersama Athletic Bilbao.

Lebih mengejutkan, Cape Verde hampir mencipta kemenangan sensasi pada minit-minit akhir apabila Dani Borges berjaya menanduk ke arah gawang, namun percubaannya tepat ke arah penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.

Keputusan seri itu sekali lagi membangkitkan persoalan mengenai kemampuan Sepanyol untuk memburu trofi Piala Dunia buat kali pertama sejak 2010. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN