fbpx

RM1 bilion pertingkat pembangunan sempadan Sarawak, Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya hari ini. Turut kelihatan Fadillah (kanan) dan Abang Johari (kiri).

KUCHING – Kerajaan Persekutuan akan mengesyorkan beberapa projek baharu dengan anggaran nilai melebihi RM1 bilion untuk meningkatkan pembangunan sempadan Malaysia – Indonesia di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu akan dibentangkan dalam Belanjawan 2023 pada 24 Februari kelak.

“Susulan lawatan saya ke Indonesia baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan komited untuk meningkatkan pembangunan sempadan Malaysia – Indonesia di Sabah dan Sarawak.

“Antaranya menaik taraf Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) serta infrastruktur jalan raya yang akan menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Ibu Kota Nusantara (IKN) di Kalimantan, Indonesia dalam kadar segera,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Armizan Mohd Ali.

Sementara, Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan bersetuju meluluskan syor oleh Abang Johari berhubung pengecualian cukai bagi Bayaran Insentif Khas yang diterima penjawat awam negeri.

Katanya kelulusan itu juga akan diperluaskan bagi meliputi bayaran insentif atau bantuan khas kerajaan negeri kepada penjawat awam di semua negeri.

“Sekarang pembayaran bonus kerajaan negeri tertakluk kepada cukai tetapi Premier Sarawak telah memujuk saya untuk pengecualian cukai kepada negeri ini.

“Jadi, saya bersetuju dan pengecualian cukai ini terpakai kepada seluruh negeri kerana semua penjawat awam persekutuan bekerja di seluruh negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI