fbpx
Anwar ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil, hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Konglomerat digesa kongsi kemakmuran, jangan abaikan pekerja – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan mahu pertumbuhan ekonomi diagihkan lebih seimbang apabila syarikat besar dan konglomerat digesa lebih bertanggungjawab terhadap kebajikan pekerja, bukan sekadar mengejar keuntungan semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemajuan ekonomi negara tidak seharusnya meminggirkan golongan pekerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan kestabilan negara.

Menurut beliau, pengalaman pelaksanaan dasar gaji minimum lebih tinggi sebelum ini membuktikan syarikat, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), masih mampu mencatat keuntungan walaupun meningkatkan bayaran upah kepada pekerja.

“Saya nak ulangi ketegasan apa yang saya bicarakan setiap tahun, saya mahu majikan dengar….syarikat kaya dan konglomerat besar dengar baik-baik.

“Negara harus aman, negara harus bangun membangun dan maju…negara ini harus jamin keselesaan orang kaya dan saudagar-saudagar, tetapi (diingatkan mereka juga) harus jamin nasib pekerja itu.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja 2026 di sini, hari ini.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap sikap segelintir syarikat besar yang mencatat keuntungan berbilion ringgit tetapi masih berkira untuk memberi kenaikan gaji walaupun pada kadar kecil kepada pekerja.

“Kita senaraikan berapa syarikat besar di negara ini, untung RM1 bilion hingga RM2 bilion tetapi mahu naikkan gaji pekerja RM40 pun sukar, bagaimana hal ini boleh berlaku,” ujarnya.

Katanya, situasi itu menimbulkan persoalan mengenai keadilan dalam pengagihan hasil ekonomi, meskipun negara mencatat prestasi memberangsangkan dari segi pelaburan, pertumbuhan dan kadar pengangguran yang rendah.

Dalam pada itu, beliau menegaskan keamanan serta kestabilan negara hari ini tidak datang secara percuma, sebaliknya hasil pengorbanan pelbagai lapisan pekerja termasuk pasukan keselamatan, kakitangan kerajaan dan pekerja industri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN