Kegiatan seludup warga asing sudah lama berlaku di negara ini. Walaupun pelbagai operasi dilaksanakan pihak berkuasa sama ada di darat dan laut, jenayah rentas sempadan ini tidak pernah surut. Selagi ada permintaan dan penawaran, maka kegiatan haram itu akan menjadi terus pilihan warga asing atas pelbagai faktor termasuk mereka yang disenarai hitam. Pintu masuk popular bagi jalan darat adalah di Kedah dan Perlis, manakala laluan air pula di kawasan Pantai Barat Semenanjung, Kelantan dan utara. Jika sebelum ini warga Indonesia…














