fbpx

Putera Harry mengaku bunuh 25 orang di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 6 Disember 2022 menunjukkan Putera Harry dan isteri, Meghan di New York. – AFP

LONDON – Putera Harry mengaku membunuh 25 orang ketika bertugas sebagai juruterbang helikopter Apache di Afghanistan, lapor media Britain kelmarin, memetik sebuah buku autobiografi yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Duke of Sussex berusia 38 tahun itu berkhidmat dalam dua siri tugasan menentang kumpulan Taliban iaitu kali pertama sebagai pegawai udara memanggil serangan udara dalam tahun 2007-2008 dan kemudian menerbangkan helikopter gempur Apache pada 2012 hingga 2013.

Dalam buku Spare yang dijadualkan berada dalam pasaran minggu depan, Harry berkata, beliau melaksanakan enam misi sebagai seorang juruterbang yang mendorongya ‘meragut sejumlah nyawa manusia’ demikian menurut akhbar Daily Telegraph.

Harry berkata, beliau tidak berasa bangga atau malu berbuat demikian dan menganggap menghapuskan sasarannya seperti membuang ‘buah catur daripada papan catur’.

Putera berkenaan berkhidmat selama 10 tahun dalam Tentera Britain dan mendapat kenaikan hingga ke pangkat kapten. 

Harry tidak pernah mendedahkan kepada umum berapa ramai pejuang Taliban yang dibunuhnya.

Kamera video yang dipasang pada hidung helikopter Apache membolehkan beliau memeriksa misinya dan menentukan bilangan musuh yang dibunuh.

“Nombor saya ialah 25. Ia bukan nombor yang memberikan saya kepuasan atau juga memalukan saya,” katanya.

Monarki itu menyebut memorinya berhubung serangan 9/11 ke atas Amerika Syarikat selepas menemui sebilangan keluarga mangsa sebagai justifikasi kepada tindakannya.

“Mereka yang bertanggungjawab dan orang yang bersimpati dengan mereka (Taliban) ialah ‘musuh kemanusiaan’, manakala memerangi mereka adalah tindakan balas dendam terhadap jenayah kemanusiaan,” tambah Harry. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI