fbpx
TANGKAP layar video menunjukkan bangkai lembu itu diangkut menggunakan kren semalam. - Instagram

Lembu korban diangkut guna kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seekor lembu korban di Klaten, wilayah Jawa Tengah terpaksa disembelih dan diangkut dengan kren selepas melarikan diri di sebuah kawasan sawah padi, lapor laman berita Detik. 

Kejadian berlaku di Desa Klepu sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @merapi_uncover menunjukkan bangkai lembu itu diangkat menggunakan kren yang dikendalikan oleh seorang penduduk tempatan. 

Seorang penduduk, Mukhson Huda, 64, berkata, lembu yang diikat pada sebuah pokok itu tiba-tiba mengamuk, menyebabkan tali pada lehernya terlepas. 

“Orang ramai cuba mengikat haiwan tersebut pada rangka kanopi tetapi ia hampir runtuh apabila ditarik. 

“Penduduk tidak dapat membawa lembu itu ke lokasi penyembelihan, menyebabkan ia disembelih di sawah padi dan bangkainya diangkut menggunakan kren,” kata Mukhson.

Rakaman itu mencatatkan lebih mebih 588,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Lembu yang boleh terbang,” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN