fbpx
PEKERJA penyelamat mencari mangsa gempa dari atas runtuhan di Macuto, negeri Vargas semalam. – AFP

Korban gempa dahsyat meningkat hampir 3,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Angka rasmi setakat kelmarin menunjukkan gempa bumi berkembar dahsyat yang menggegarkan Venezuela membunuh hampir 3,000 orang.

Angka korban meningkat lebih 300 dari  hari Jumaat kepada 2,954  susulan bencana pada 24 Jun lalu yang menyebabkan beribu-ribu penduduk hilang tempat tinggal dan terpaksa berlindung di kem-kem sementara.

Puluhan ribu lagi masih dilaporkan hilang. Caracas tidak memberikan sebarang anggaran  tetapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) menyatakan, 50,000 orang tidak dapat dikesan selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 dan 7.5 itu.

Kawasan paling teruk terjejas adalah negeri tepi pantai  La Guaira di utara  Caracas, di mana banyak kompleks kediaman runtuh.

10 hari selepas gempa berlaku,  pasukan-pasukan penyelamat mula menamatkan misi pencarian,  manakala sebilangan  keluarga masih berusaha untuk mendapatkan semula mayat orang tersayang masing-masing dari bawah runtuhan.

Venezuela sedang mengalami kesedihan mendalam yang mencengkam rakyat kita, di mana keluarga-keluarga  masih menaruh harapan untuk mencari orang tersayang yang masih hidup, ramai orang hilang segala-galanya,” kata Presiden interim, Delcy Rodriquez.

PBB  menganggarkan gempa bumi berkembar itu menyebabkan kerosakan fizikal bernilai AS$6.7 bilion (RM27.3 bilion), bersamaan enam peratus  keluaran dalam negara kasar  Venezuela. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN