PETALING JAYA – Pengguna jalan raya di Lebuh Raya Persekutuan cemas dengan kemunculan seekor lembu yang dipercayai terlepas sehingga berkeliaran di tengah lebuh raya pada malam tadi.
Menerusi satu hantaran dimuat naik oleh Muhammad Haziq di Threads, lelaki itu berkongsi rakaman video memaparkan haiwan berkenaan berada di atas jalan raya sehingga mengundang kebimbangan orang ramai.
“Ya Allah, lembu milik siapa itu?,” katanya dalam hantaran tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial turut berkongsi rakaman video lembu berkenaan yang dipercayai sesat di lokasi sama.
“Jalan Federal ni macam-macam haiwan ada. Ada sekali waktu pagi, tiba-tiba ada anjing di barisan tengah. Berlari tak cukup tanah. Dah lambat nak masuk kerja kot,” komen Haida Bakar.
“Kesiannya dia, takut apa-apa jadi, orang memandu tak nampak. Mana tuannya, ada khabar berita tak?,” tulis Munirah.
“Lembu warga asing dari New Zealand ini. Tolong bantu dia. Kesian, tak biasa itu,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














