fbpx
Mohd Syafiq (depan, kiri) menerima plak penghargaan yang disampaikan oleh anak Premier Sarawak, Dayang Norjihan.

VFive Group kongsi rezeki dengan anak yatim Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUCHING – VFive Group Sdn. Bhd. menyalurkan sumbangan kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (Peryatim) bagi membantu memperkukuh usaha kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di negeri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, sumbangan tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam berkongsi kejayaan perniagaan dengan masyarakat, khususnya golongan yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Menurutnya, prinsip keberkatan dan amalan berkongsi rezeki menjadi antara nilai teras VFive Group sejak awal penubuhannya.

“Di VFive Group, kami percaya bahawa kejayaan sesebuah perniagaan bukan hanya diukur melalui keuntungan dan pencapaian korporat semata-mata, tetapi juga sejauh mana kejayaan tersebut dapat dikongsi untuk membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Justeru, kami berharap sumbangan ini dapat menyokong usaha Peryatim dalam menyediakan peluang pendidikan dan membina masa depan yang lebih baik buat anak-anak yatim di bawah jagaannya,” ujarnya.

Sumbangan itu disalurkan bersempena Majlis Jamuan Amal Makan Malam anjuran AD Interact International Sdn. Bhd. bersama Peryatim di sini Jumaat lalu.

Hadir sama, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Program berkenaan menghimpunkan wakil sektor korporat, penaja dan penyumbang bagi mengumpul dana untuk membantu pelaksanaan program kebajikan serta pendidikan anak-anak di bawah jagaan Peryatim.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan khas penyanyi Amir Masdi.

Mohd Syafiq berkata, sumbangan berkenaan turut memperlihatkan keprihatinan syarikat terhadap kepentingan pendidikan dan pembangunan modal insan.

Katanya, sokongan sedemikian penting bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan peluang untuk membina masa depan yang lebih baik.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama pelbagai pihak, khususnya sektor korporat, dalam memperluas bantuan kebajikan dan pembangunan potensi golongan kurang bernasib baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN