fbpx
AKTIVIS warga Perancis yang ditahan dan dihantar pulang oleh Israel tiba di Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle berhampiran Paris baru-baru ini. - AFP

Tercapaikah matlamat Sumud?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ketika penulis mengarang artikel ini, Israel dilaporkan menawan kira-kira 430 aktivis Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa dan membawa mereka ke Israel untuk ditahan.

Flotila kali ini disertai oleh sekitar 54 buah kapal kecil dan bot.

Ini bukan kali pertama rejim Zionis menahan aktivis flotila Sumud. Mereka yang ditangkap terdiri daripada aktivis dari berbilang negara di seluruh dunia termasuk Malaysia dan Indonesia.

Pada tahun lalu, misi bantuan tersebut mendapat tumpuan penuh media dan sokongan padu rakyat Malaysia yang berharap kesemua mereka akan sampai ke Gaza seterusnya dapat menghulurkan bantuan asas seperti manakan dan ubat.

Matlamat utama Global Sumud Flotilla kalau tidak silap penulis, adalah memecahkan kepungan laut Israel ke atas Semenanjung Gaza, khususnya rakyat Palestin dan menghantar bantuan yang sangat diperlukan kepada mereka.

Pelayaran pertama aktivis dari serata dunia pada 2025 turut disertai kalangan selebriti termasuk dari Malaysia. Bagaimanapun, sokongan kepada flotila itu semakin merosot tahun ini.

Penulis menyedari hal tersebut apabila membaca komen netizen setiap kali berita flotila Sumud dari Malaysia terpapar di laman-laman berita tempatan. Kalaupun tahun lalu, berita penahanan aktivis Malaysia disambut komen netizen yang memanjatkan doa supaya mereka selamat dan segera dibebaskan.

Mereka juga dianggap sebagai wira kerana berani melakukan perkara yang tidak sanggup dibuat oleh ramai orang iaitu menggadai nyawa mengharungi lautan luas serta berdepan keganasan tentera Israel.

Namun, kali ini, ramai netizen melemparkan kecaman, malah komen kritikan yang terpapar di laman-laman berita lebih banyak daripada hantaran positif seperti mendoakan dan menyokong misi tersebut.

Antara komen negatif adalah aktivis sumud menyusahkan orang lain termasuk pihak berwajib yang harus bertindak membantu membebaskan dan membawa semua aktivis ini pulang ke tanah air.

Ramai juga berkata, mereka sudah tahu akan ditangkap, namun meneruskan juga misi yang hampir 100 peratus berakhir dengan kegagalan ini.

Semua orang mempunyai pendapat masing-masing. Namun kebenaran atau fakta yang tidak boleh dipertikaikan adalah Global Sumud Flotila gagal dalam dua matlamat utamanya.

Flotila ini gagal dalam misi teras untuk menghantar makanan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Aktivis- aktivis ini juga tidak berjaya dalam misi teras kedua iaitu memecahkan kepungan Rejim Zionis ke atas Gaza.

Fakta ketiga adalah penganjur berjaya mengalihkan tumpuan dunia kepada kekejaman rejim Zionis dan melakukannya setiap tahun. Namun, kini tumpuan dunia beralih kepada mereka dan kekejaman rejim Zionis di Gaza tidak kunjung habis.

Tumpuan di sini juga kepada aktivis Sumud yang menjadi mangsa kekerasan tentera rejim Zionis. Adakah semua ini berbaloi? Tepuk dada tanya selera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN