LONDON – Britain berada dalam kesiapsiagaan penuh menghadapi gelombang haba ‘luar biasa’ dengan suhu dijangka mencecah 33 darjah Celsius, lapor halaman berita DailyMail.
Agensi Keselamatan Kesihatan UK telah mengaktifkan amaran kesihatan haba selama enam hari Auntuk kawasan selatan, timur dan tengah England bermula Jumaat hingga Rabu depan.
Amaran ini adalah yang pertama untuk tahun 2026, memberi peringatan kepada orang awam tentang peningkatan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan oleh golongan rentan dan risiko lebih besar kepada nyawa golongan rentan.
Rakyat Britain dijangka merasai kehangatan cuti umum tersebut dengan peramal cuaca menjangkakan suhu musim bunga paling panas pernah direkodkan di negara tersebut.
Suhu dijangka melonjak sehingga 30 darjah Celsius pada hari Sabtu sebelum mencapai 32 darjah Celsius pada hari berikutnya.
Keadaan akan menjadi lebih panas pada awal minggu depan dengan selatan England dan Midlands diramalkan membahang dalam suhu 33 darjah Celsius, melepasi rekod musim bunga dan Mei sebanyak 0.2 darjah Celsius.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Peramal Met Office, Steve Kocher, berkata:
“Adalah berkemungkinan rekod suhu di Britain bagi bulan Mei dan musim bunga akan dipecahkan sepanjang hujung minggu cuti umum, dengan ramalan suhu melebihi rekod sedia ada iaitu 32.8 darjah Celsius.
‘Selain daripada cuaca panas, akan terdapat banyak cuaca kering dan cerah di sebahagian besar Britain. Walau bagaimanapun, akan terdapat lebih banyak awan dan beberapa hujan di Ireland Utara dan barat Scotland sepanjang hujung minggu,” katanya.-AGENSI














