fbpx
HOVERKRAF yang terbalik dipercayai membawa 18 orang penumpang. - East2West

Lima maut hoverkraf terbalik di Tasik Baikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Kegembiraan sekumpulan pelancong bertukar tragedi apabila lima daripada mereka maut selepas sebuah hoverkraf gergasi yang dinaiki terbalik lalu terhempas di Tasik Baikal, Siberia, lapor halam berita TheSun.

Dalam kejadian  mangsa yang terkorban terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki yang dipercayai dari Moscow.

Tiga belas orang diselamatkan daripada kapal itu, sebahagian daripadanya mengalami hipotermia di perairan tasik yang membeku.

Sumber daripada Russia menyatakan, kesesakan penumpang sebagai punca kemalangan itu, di mana 18 orang berhimpit-himpit di dalam hoverkraf yang sepatutnya hanya membawa sepuluh orang

Perkhidmatan kecemasan memberitahu agensi berita Rusia TASS bahawa kapal itu ‘dalam keadaan berfungsi dengan baik’ sebelum kemalangan.

Tasik Baikal ialah tasik air tawar terdalam di dunia, mencapai kedalaman lebih daripada 5,000 kaki dan suhu air adalah sekitar 2 darjah Celsius.

Siasatan jenayah telah dibuka berhubung nahas hoverkraf buatan Russia itu, yang dipercayai adalah jenis Sever-750. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN