PETALING JAYA – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Nancy petang tadi.
“Dengan penuh rasa sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa Datuk Kamil bin Misuari telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” ujarnya.
Menurutnya, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak esok.
Jenazah Allahyarham akan di tempatkan di kediaman rasmi Nancy di Taman Serira, Jalan Mengeris, Petra Jaya bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.
Bagaimanapun, masa bagi penghormatan terakhir kepada Allahyarham akan dimaklumkan kemudian oleh pihak keluarga. – KOSMO! ONLINE.














