fbpx
Anggota penyelamat sedang mengangkat mayat Nor Haslini di Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun hari ini.

Mayat wanita OKU jatuh jambatan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Mayat wanita orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang terjatuh dari sebuah jambatan berhampiran rumahnya di Jalan Jabor-Paka, berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, semalam ditemui sebentar tadi.

Mayat Nor Haslini Din, 47, ditemui terapung di Sungai Paka, di sini pada pukul 10.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, mayat wanita tersebut ditemukan pada kedudukan kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan terjatuh.

“Pencarian selama 24 jam berjaya menemukan mayat mangsa yang tersangkut pada ranting kayu. Sebelum itu, dia dikatakan terjatuh dari jambatan tersebut pada ketinggian 45 metet pada 10.30 pagi semalam,” katanya di sini, hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, mayat Nor Haslini telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, wanita OKU itu dipercayai dihanyutkan arus sungai selepas terjatuh dari jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya. – KOSMP! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN