fbpx
Tuan Ibrahim (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah tokoh dan plak penghargaan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Mas di Meranti, Pasir Mas hari ini.

PRN Johor: Arahan undi calon BN strategi Pas kekang PH menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Pas menerima sambutan yang positif daripada pengundi selepas mengeluarkan arahan supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, arahan tersebut dikeluarkan dalam konteks menjaga hubungan orang Melayu di negeri tersebut.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau, baru-baru ini turut merangkumi calon-calon bukan Melayu daripada MIC dan MCA yang merupakan parti komponen BN.

“Cuma ada juga pandangan dan tindak balas yang mengatakan, kalau macam itu, elok juga kalau UMNO sokong Pas. Jadi seimbanglah.

“Tujuan utama arahan itu dikeluarkan adalah untuk memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak menang di Johor. Apabila kita tidak bertanding di semua kerusi, kena ada satu pengarahan jelas bagi mengelak PH menang di PRN Johor yang akan membuka pintu kepada DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pasir Mas di Meranti, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu, sehubungan itu pihaknya mengarahkan undi diberi kepada BN di kerusi yang ditandingi calon-calon bukan Melayu.

Menurutnya, meskipun menerima serangan berterusan daripada pihak tertentu susulan arahan tersebut, Pas menganggap ia sesuatu yang positif apabila ia merupakan petanda bahawa pihak lawan berasa terancam oleh penyatuan Melayu dan Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN