fbpx
HISHAMMUDDIN (kiri) memperkenalkan calon DUN Kahang, V. Rugendran ketika hadir pada program Ramah Mesra bersama penduduk Orang Asli di Kahang, Kluang hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM/ KOSMO!

PRN Johor: Itu bukan manifesto – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Manifesto yang dibentangkan Pakatan Harapan (PH) disifatkan bukan manifesto sebenar kerana tidak berlandaskan dasar parti, sebaliknya hanya menokok tambah program-program kerajaan negeri Johor sedia ada.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, PH hanya meningkatkan angka serta menambah baik program yang telah dilaksanakan kerajaan negeri dan ia tidak boleh dianggap sebagai manifesto.

Menurut beliau, manifesto sepatutnya membabitkan polisi dan dasar parti, namun PH menggunakan dasar yang sedang dilaksanakan kerajaan negeri dan menjadikannya sebagai janji sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

“Manifesto sepatutnya berkaitan dasar dan polisi parti. Apa yang dibentangkan mereka lebih kepada program sedia ada yang ditambah serta dijadikan janji pilihan raya.

“Sama ada ia mampu ditunaikan atau tidak saya tidak pasti kerana banyak janji sebelum ini juga masih belum ditunaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Ramah Mesra bersama penduduk Orang Asli di Kahang, di sini hari ini yang turut dihadiri calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang, V. Rugendran.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, sentimen perkauman yang dimainkan pihak tertentu adalah tidak relevan kerana masyarakat di Sembrong sudah lama menjalani kehidupan berbilang kaum secara harmoni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN