fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa 8 negeri hingga 7 malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik), Perak (Manjung dan Perak Tengah), Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Kuantan).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Jelebu dan Seremban),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar dan Penampang) dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN