fbpx
YANA berkata bapanya meninggal dunia pada pukul 1.50 petang semalam, selepas rebah ketika sedang berzikir sejurus menunaikan solat magrib pada Khamis lalu.

‘Abah pergi buat selama-lamamya, rebah ketika berzikir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Yana Samsudin berkongsi khabar duka bapanya, Haji Samsudin Jamuri telah menghembuskan nafas terakhir petang semalam selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital.

Ujar Yana atau nama sebenarnya Nurliana Samsudin, 42, bapanya meninggal dunia pada pukul 1.50 petang, selepas rebah ketika sedang berzikir sejurus menunaikan solat magrib pada Khamis lalu.

“Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa abah saya, Haji Samsudin Jamuri, telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.50 petang, Sabtu, 27 Jun 2026 bersamaan 11 Muharam 1448 Hijrah.

“Arwah rebah selepas menunaikan solat Maghrib ketika sedang berzikir sebelum sempat mengakhiri doa pada Khamis lalu. Selepas menerima rawatan, Allah SWT akhirnya menjemput beliau pulang ke sisi-Nya,” katanya dalam Instagram.

Bintang filem Adnan Sempit itu turut menitipkan doa agar roh bapanya ditempatkan dalam kalangan insan beriman selain memohon orang ramai menghadiahkan bacaan al-Fatihah buat Allahyarham.

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ayahanda kami, Haji Samsudin Jamuri. Rahmatilah beliau, sejahterakanlah dirinya, muliakan tempat kembalinya dan maafkan segala kesalahannya.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah serta mengampunkan dosa seluruh umat Islam yang telah kembali kepada-Nya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Yana mengakui tidak mampu menyembunyikan kesedihan atas kehilangan insan paling disayangi dalam hidupnya biarpun cuba kelihatan tabah di hadapan orang ramai.

“Wajah saya mungkin kelihatan tenang, tetapi hati ini hanya Allah sahaja yang tahu.

“Abah, terima kasih kerana menjadi ayah terbaik buat kami. Hari ini dunia saya kehilangan lelaki paling saya sayang. Susuk tubuh pertama yang saya cintai telah pergi buat selama-lamanya.

“Semoga kita dipertemukan kembali di syurga, insya-Allah. al-Fatihah,” luahnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan takziah selain mendoakan agar Yana serta seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan menghadapi ujian berat tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN