fbpx
TENGKU HASSANAL bertitah pada Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

Dulu Cherating jadi tumpuan dunia sekarang macam dilupakan – Tengku Hassanal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah mempersoalkan Cherating yang pernah menjadi tumpuan dunia satu masa dahulu kini melalui episod menyedihkan apabila semakin dilupakan.

Baginda bertitah sehubungan itu pihak berkaitan termasuk exco berkaitan dan juga Tourism Pahang perlu melihat perkara itu dan bertindak proaktif memulihara destinasi pelancongan berasaskan pantai tersebut.

“Tengok Cherating apa yang perlu dibuat. Kalau dulu Cherating antara tempat tumpuan dunia kenapa sekarang macam dilupakan?

“Justeru buat kerja, lipat gandakan usaha, usaha sekarang ada tetapi masih belum mencukupi,”titah baginda pada Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menurut Tengku Hassanal Pahang sekali lagi membuktikan kekuatan sebagai antara destinasi pelancongan utama negara dengan merekodkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia tiga tahun berturut-turut.

Katanya, dengan khazanah yang kaya dan alam semulajadi indah permai yang ada baginda mahu Pahang meneruskan rekod kehadiran pelancong yang cemerlang.

Jelas baginda usaha merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 memerlukan perancangan strategik yang lebih teliti dan berpandangan jauh.

Titahnya, sasaran pelancong daripada luar negara serta hasil negeri perlu dikaji semula dengan mengambil kira faktor luaran yang boleh memberikan kesan kepada industri pelancongan.

“Prasarana dan kemudahan destinasi pelancongan juga perlu ditambah baik bagi menarik pelancong antarabangsa.

“Jangan sekadar bergantung kepada Genting Highlands dan Cameron Highlands sahaja kerana kita ada pelbagai destinasi menarik,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN