fbpx
BEREGU negara, Chia-Wooi Yik bijak untuk mengatasi tentangan lawan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Singapura. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Aaron Chia-Wooi Yik lolos ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik makin hampir untuk mempertahankan kejuaraan selepas layak ke suku akhir Terbuka Singapura, hari ini.

Pada aksi pusingan kedua, hari ini, Chia-Wooi Yik tidak berdepan masalah untuk mengatasi wakil England, Ben Lane-Sean Vendy 21-18, 21-16.

Di set pertama, walaupun Lane-Vendy dilihat mampu memberikan cabaran, pasangan negara kekal dengan rentak baik untuk mengesahkan kemenangan sekali gus beri motivasi bagi tampil cemerlang di set kedua.

Dalam aksi set kedua, hanya lima kali kedua-dua pasangan ini terikat mata dan selebihnya ia nyata menjadi milik Chia-Wooi Yik sebelum menoktahkan kejayaan 21-16.

Cabaran Chia-Wooi Yik di suku akhir adalah pasangan China yang juga beregu nombor lima dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN