fbpx

Insiden fun fair: Serik, tidak mahu main lagi – mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizah (kiri) melihat keadaan Shah Faraz dan Noraziera yang cedera dalam insiden itu di kediamannya di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Kuala Selangor, hari ini. FOTO: ISKANDAR SHAH MOHAMED

KUALA SELANGOR – Dua beradik yang tercampak daripada permainan ‘Sotong Ride’ di fun fair Bandar Puncak Alam di sini, kelmarin mengakui trauma dan menganggap kejadian itu satu pengalaman yang pahit.

Malah, salah seorang daripadanya serik untuk bermain sebarang permainan di mana-mana pesta ria lagi.

Shah Faraz Aiefan Zulkiffle, 11, berkata, ekoran kejadian itu mata sebelah kirinya tidak dapat dibuka selain bengkak teruk sehingga kini.

Kata murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharajalela, kejadian tersebut berlaku dengan pantas dengan dirinya terpelanting sehingga muka berdarah.

“Saya nekad tidak mahu lagi bermain permainan di fun fair dan memang serik. Patut dapat pengalaman indah namun lain pula jadi dengan mata kiri pun tidak boleh lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Kuching, Jeram di sini, hari ini.

Shah Faraz dan kakak sulungnya, Noraziera,31, dibenarkan keluar malam tadi selepas menerima rawatan selama dua hari di Hospital Shah Alam dekat sini susulan kejadian itu.

Bagi Noraziera yang merupakan operator pengeluaran kilang minyak memaklumkan, semasa kejadian dia bersama tiga adiknya membeli tiket permainan berkenaan, kira-kira pukul 8.15 malam.

Ujarnya, dia yang berada bersebelahan Shah Faraz pada awalnya tidak merasai apa-apa ketika dua pusingan gerabak tersebut.

“Namun ketika pusingan ketiga, ia mula laju dan saya memegang besi keselamatan sebelum tercampak keluar,” katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa, Faizah Mat Sam, 52, menegaskan keluarganya masih kekal untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha fun fair tersebut.

“Setakat ini, pihak berkenaan belum datang menemui saya untuk membincangkan perkara tersebut.

“Bagi saya, insiden ini amat serius kerana melibatkan soal keselamatan dan nyawa yang tidak boleh dibeli dengan wang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI