fbpx
Johari bersama Kim Yong sewaktu pertemuan sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-27 di Cebu, Filipina, hari ini.

ASEAN perlu bangunkan rangka kerja ‘stockpiling’ minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – ASEAN perlu membangunkan rangka kerja yang praktikal bagi usaha stockpiling (penyimpanan stok) minyak untuk meningkatkan keterjaminan dan kesiapsiagaan tenaga jangka panjang di rantau ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara berkenaan antara yang dibincangkan beliau bersama Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong sewaktu pertemuan sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN (AECC) ke-27 di Cebu, Filipina.

“Sempena Mesyuarat Majlis Komuniti Ekonomi ASEAN ke-27 di Cebu, saya telah mengadakan pertemuan bersama Gan Kim Yong bagi membincangkan perkembangan semasa ekonomi serantau serta kesan ketegangan geopolitik yang semakin mempengaruhi perdagangan global dan rantaian bekalan antarabangsa.

“Kami bertukar pandangan mengenai kepentingan negara-negara anggota ASEAN memainkan peranan yang lebih proaktif dan praktikal dalam memperkukuh daya tahan ekonomi serantau serta keselamatan tenaga,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Johari berkata, Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan ekonomi yang rapat dan strategik.

“Saya percaya kerjasama serantau yang lebih kukuh serta pendekatan yang pragmatik akan terus menjadi kunci dalam memastikan ASEAN kekal berdaya tahan, kompetitif dan relevan dalam landskap global yang semakin mencabar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN