fbpx
Hantaran pengguna di Threads berkenaan dengan keadaan tayar motosikalnya yang pecah dan dua ekor anak kucing yang dijumpainya, semalam.

‘Tersadai tepi jalan, ada orang buang kucing dalam tong sampah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik memilukan apabila menemui dua ekor anak kucing yang dibuang ke dalam tong sampah ketika dia terkandas di tepi jalan akibat tayar motosikalnya pecah, semalam.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @hdyfag__, dia menyifatkan kejadian malang menimpanya itu sebagai satu hikmah besar untuk menyelamatkan nyawa haiwan tersebut.

“Kisahnya, tayar motor pecah baru balik ujian komputer dengan gagalnya buat kali ketiga. Berhenti tepi jalan sebab nak tunggu adik ambil, sekali ada orang buang anak kucing dalam tong sampah.

“Kalau tayar tak pecah, mesti anak kucing ini dah mati. Kami ambil kucing itu tapi tengah buntu nak bagi susu apa sebab sekarang pun kami tak ada duit sangat nak beli, tengah ‘survive’ sampai gaji sabtu ini,” kongsinya di ruangan komen.

Kejadian yang dipercayai berlaku di kawasan Talang, Kuala Kangsar itu turut memaparkan keadaan anak kucing yang masih kecil dan lemah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa berang terhadap tindakan kejam individu yang membuang haiwan berkenaan ke dalam tong sampah.

“Memang dia nak kucing-kucing itu mati kena tindih dengan sampah lain,” kata pengguna @Nnadyanordin.

“Asbab Allah hantar orang berhati mulia dan baik untuk anak kucing itu, terima kasih orang baik,” kata pula pengguna @Azyhusna_77.

“Mereka ini memang buang kucing dia buang macam buang sampah ya. Tiada sifat ihsan betul,” ujar pengguna @Kyna_myst.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan kejam dengan membuang haiwan peliharaan sesuka hati bagi mengelakkan sesuatu yang buruk terjadi kepada haiwan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN