RAUB – Seramai 49 mangsa daripada 16 keluarga di Kampung Batu Talam di sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub, Samasuddin Kambade berkata, hujan lebat sejak pukul 2 pagi tadi menyebabkan berlakunya limpahan air Sungai Kapur, Batu Talam.
“Anggaran paras air yang naik adalah sekitar 0.5 meter yang turut menjejaskan beberapa beberapa buah kediaman penduduk.
“Kesemua mangsa dari Kampung Batu Talam dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Falah di sini yang dibuka sejak pukul 7 pagi,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE














