fbpx
PELAJAR maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Betong, Sik pada semalam.

Murid 11 tahun maut kemalangan dua motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIK – Seorang murid lelaki berusia 11 tahun maut selepas motosikal yang dia tunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Kampung Betong, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan dikejarkan ke Hospital Sik.

Mangsa kemudian dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu kira-kira pukul 8.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Shamzury Saman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa
menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Kampung Kuala Kerik menghala ke Kampung Betong.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang mangsa tunggang dipercayai hilang kawalan
lalu melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda RSX ditunggang remaja lelaki berusia 13 tahun yang bergerak dari arah sama.

“Akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal Honda C100 mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Sik untuk rawatan, ” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 8.45 malam tadi ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

“Seorang lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN