fbpx
BAYI berusia empat dan sembilan bulan akan diberi dos vaksin polio pada 2023. - Antara Foto/ Adeng Bustomi

Indonesia beri 2 vaksin polio untuk bayi mulai 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Kementerian Kesihatan Indonesia akan melaksanakan program pemberian vaksin polio tidak aktif (IPV) untuk bayi sebanyak dua kali bermula 2023, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia.

Dos IPV pada awalnya diberikan kepada bayi yang mencecah usia empat bulan. Namun, mulai tahun depan, bayi di negara itu wajib diberi IPV ketika berusia empat dan sembilan bulan.

Ketua Biro Komunikasi dan Perkhidmatan Awam Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi berkata, usaha itu dijalankan sebagai langkah membasmi penularan polio di seluruh Indonesia.

Beliau turut memaklumkan bahawa imunisasi IPV dan polio drip (bOPV) yang diberikan sebanyak empat kali pada usia satu, dua, tiga dan empat bulan akan diberikan secara percuma.

“Imunisasi polio yang memang merupakan imunisasi rutin yang diberikan kepada anak-anak sudah lama menjadi program kebangsaan dan diberikan secara percuma,” kata Siti Nadia kelmarin.

Tambah beliau, program pemberian dua kali IPV kepada bayi telah dimulakan secara khusus pada 1 Disember lalu di wilayah Jakarta, Banten dan Jawa Barat.

Selepas itu, dua dos vaksin polio untuk bayi secara serentak akan mula dilaksanakan pada awal tahun 2023 di seluruh negara itu.

Langkah mempercepatkan pemberian dos vaksin polis itu dilaksanakan ekoran pengesanan satu kes polio di Aceh pada November lalu.

Keadaan tersebut dipengaruhi oleh kegagalan vaksinasi polio, baik oral mahupun suntikan selama empat tahun berturut-turut di Aceh. – Agensi 

POPULAR