fbpx
Lelaki didakwa meninggal bayi yang baru dilahirkan di sebuah surau di Taman Daya, Johor Bahru, semalam.

Kelibat lelaki tinggal bayi dalam surau dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kelibat seorang lelaki berbaju berwarna hitam yang didakwa meninggalkan seorang bayi di sebuah surau di Taman Daya di sini tular di media sosial.

Mengikut maklumat tular, bayi berkenaan ditemui berbalut kain di beg jinjing berwarna hijau. 

Perbuatan lelaki itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di surau berkenaan sebelum waktu zohor, semalam.

Difahamkan bayi lelaki dipercayai baharu lahir ditemui jemaah surau sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi tindakan lanjut sebelum bayi berkenaan diselamatkan pihak berkuasa termasuk dirujuk ke hospital.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN