fbpx
POLIS berkawal di hadapan restoran makanan segera yang runtuh akibat gempa bumi di Bandar General Santos, Mindanao hari ini. – AFP

Mindanao bergegar, Indonesia arah penduduk pindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Indonesia hari ini mengeluarkan arahan berpindah di  utara negara berkenaan berikutan ancaman tsunami selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 menggegarkan selatan Filipina.

Pejabat di kawasan berisiko tinggi  termasuk ibu kota Sulawesi Utara, Manado,  wilayah Gorontalo Utara  dan Kepulauan Sangihe diminta segera mengarahkan penduduk untuk berpindah ke  tempat lebih tinggi,  kata Badan Nasional Pengurusan Bencana(BNPB).

BNPB berkata, gegaran lemah dirasai di beberapa daerah selama beberapa saat, manakala  situasi di lapangan masih ‘aman, tenang dan terkawal’.

“Masyarakat diminta tidak panik dan  mengutamakan keselamatan kumpulan paling berisiko seperti warga tua, orang kelainan upaya serta kanak-kanak. Orang ramai juga diminta mematuhi arahan pihak berkuasa,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

Indonesia dan negara-negara tetangga kerap mengalami gempa bumi kerana terletak di Lingkaran Api Pasifik yang aktif dengan aktiviti seismik.

Pada tahun 2004, gempa bumi  mega 9.1 Richter melanda wilayah Aceh, menyebabkan tsunami dan mengorbankan lebih 170,000 orang di Indonesia. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN