fbpx
SUKARELAWAN membawa beg berisi mayat mangsa gempa bumi di sebuah runtuhan bangunan di bandar Caraballeda, negeri La Guaira semalam. – AFP

Lebih 5,000 maut gempa bumi berganda, Venezuela umum bantuan IMF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CARACAS – Gempa bumi berganda  yang melanda Venezuela bulan lalu membunuh lebih 5,000 orang, kata beberapa pegawai sambil menambah, Caracas mendapat pakej ratusan juta dolar daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk kerja pembinaan semula.

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 dan 7.5 itu berlaku selang seminit  pada 24 Jun lalu. Bencana itu memusnahkan negeri tepi pantai La Guaira di utara Caracas.

“Bencana ini mengorbankan 5,069 orang,” kata ketua Perhimpunan Kebangsaan(Parlimen), Jorge Rodriguez di laman Telegram, dengan kebanyakan kemalangan jiwa berlaku di kawasan pantai.

Menurutnya, jumlah mangsa cedera tidak berubah seramai 16,740 orang dengan kebanyakan mereka dibenarkan keluar dari hospital.

Lewat kelmarin, Presiden Interim Delcy Rodriguez berkata, Venezuela  mendapatkan pinjaman AS$346 juta daripada IMF (RM1.4 bilion) untuk membina semua infrastruktur yang musnah.

Kira-kira 20,000 orang yang hilang tempat tinggal akibat gempa bumi kini berlindung di kem-kem sementara yang sesak, kebanyakannya kekurangan bekalan air dan sistem sanitasi sempurna.

IMF dan Bank Dunia mengumumkan pada  April lalu untuk menyambung semula hubungan dengan Venezuela, selepas Amerika Syarikat menggulingkan Presiden Nicolas Maduro dalam serangan tentera, Januari lalu.

Hubungan Caracas dengan dua institusi  itu dibekukan sejak 2019. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN