fbpx
AB. RAUF (tengah) menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Blok Hospital Baharu Mahkota Medical Centre di Banda Hilir, Melaka hari ini. Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Rupiah jatuh, pesakit Indonesia tetap pilih Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kejatuhan nilai mata wang rupiah tidak menjejaskan jumlah pelancong kesihatan dari Indonesia untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital swasta di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, sehingga Jun tahun ini, Melaka merekodkan seramai 339,398 pelancong kesihatan, dengan pesakit dari Indonesia terus menjadi kumpulan terbesar yang mendapatkan rawatan di negeri ini.

Menurutnya, keadaan itu membuktikan faktor utama yang menjadi pilihan pesakit bukanlah nilai mata wang, sebaliknya kepercayaan terhadap mutu perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.

“Walaupun berlaku kejatuhan nilai rupiah, jumlah pesakit dari Indonesia masih kekal menguasai pelancongan kesihatan di Melaka sekali gus menunjukkan keyakinan mereka terhadap kualiti rawatan, kepakaran doktor serta kemudahan perubatan di negeri ini masih tinggi.

“Melaka bukan sahaja mahu dikenali sebagai destinasi pelancongan, malah mahu diyakini sebagai destinasi rawatan yang berkualiti, selamat dan dipercayai,” katanya pada sidang sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Blok Hospital Baharu Mahkota Medical Centre di Banda Hilir di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ab. Rauf berkata, daripada keseluruhan seramai 339,398 pelancong kesihatan yang direkodkan sehingga Jun lalu, Mahkota Medical Centre menerima seramai 127,216 pesakit, bersamaan hampir 37.5 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Katanya, pencapaian itu membuktikan pusat perubatan itu memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan industri pelancongan kesihatan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN