fbpx
Drummer kumpulan Dewa19, Tyo Nugros terpaksa merupakan hasrat beraksi di konsert Dewa 19 - Cintaku Tertinggal Di Malaysia yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi disebabkan masalah berkaitan imigresen.

‘Tak tahu punca’ – Drummer Dewa 19 ‘sangkut’ imigresen Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Berdepan isu imigresen, pemain dram kumpulan Dewa 19, Tyo Nugros terpaksa melupakan hasrat beraksi di konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal Di Malaysia yang berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Perkara itu dikongsikannya menerusi kiriman video ketika permulaan persembahan mega band popular Indonesia itu dengan disaksikan hampir 10,000 penonton.

“Tanggal 6 Januari 2026 saya mahu berangkat dan berada di lapangan terbang. Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan berangkat pihak imigresen atas permasalahan yang tidak saya ketahui.

“Saat ini saya sedang mencari tahu punca terjadinya masalah ini,” katanya menerusi video pendek tersebut.

Kesal berdepan situasi tidak dijangkakan, Tyo mengambil kesempatan memohon maaf kepada penganjur dan peminat band ikonik itu yang menantikan kemunculannya.

“Dengan ini saya meminta maaf sebesarnya kepada semua pihak. Sampai kita bertemu di pertemuan lain. Enjoy the show,” ujarnya.

Sekali gus, insiden membabitkan pemuzik yang menjadi kegilaan ramai wanita ketika kunjungan ke Kuala Lumpur sekitar tiga tahun lalu itu turut membuatkan peminat kecewa.

Begitupun, konsert yang turut mengetengahkan tiga vokalis iaitu Ari Lasso, Ello dan Virzha tetap berlangsung mengikut jadual apabila posisi Tyo diganti anak kepada pengasas Dewa 19 Ahmad Dhani, Al Ghazali.

Dewa beraksi selama dua jam membawakan 25 seleksi hits antaranya termasuk Dewi, Separuh Nafas, Kangen, Kirana, Satu, Pupus, Arjuna, Risalah Hati serta Pangeran Cinta.

Malah, buat julung kali juga Dewa 19 berkongsi pentas dengan kumpulan Padi Reborn yang memanaskan stadium bersama 10 lagu popular mereka.

Penampilan dua band tersohor di gelanggang sama itu disifatkan penonton terutama yang membesar dengan lagu mereka sebagai bonus berharga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN