fbpx
Nad percaya, imej berhijab bukan penghalang untuk mana-mana pelakon berkarya dalam dunia lakonan.

Berhijab berlakon watak ‘junkie’ mesti seronok – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nad Zainal menyuarakan pandangannya mengenai kepelbagaian watak yang boleh dijayakan aktres berhijab tanpa perlu mengehadkan potensi seni mereka dalam industri seni.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, meluahkan keterujaannya jika diberikan peluang membawakan peranan beremosi berat yang sangat berbeza daripada kebiasaan.

“Kalau berhijab berlakon watak ‘junkie’ (penagih dadah), mesti seronok kan?

“Mak-mak pakai tudung sarung duduk rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), hisap batu, abaikan anak dan kena turunkan berat badan untuk watak.

“Siapa kata berhijab tak boleh watak-watak macam ini?,” katanya dalam Threads.

Tambahnya lagi, imej berhijab bukanlah penghalang untuk membawakan peranan beremosi berat, watak licik, mahupun antagonis tanpa perlu melanggar batas hukum .

“Gila? Jahat? Licik? Boleh saja.

“Gatal berhijab pun boleh dan masih tiada adegan bersentuhan,” katanya lagi.

Pada masa sama, bintang drama Bahagia Yang Tertangguh itu berharap rakan-rakan pelakon wanita yang bertudung agar kekal istiqamah dalam arena lakonan.

“Semoga semua pelakon wanita berhijab terus istiqamah, kita boleh lakukannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN