fbpx

25 tan abu al-Quran dan buku agama dilupus ke tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zawawi ketika melupuskan abu al-Quran dan buku agama ke tengah laut berhampiran Pulau Angsa, hari ini.

KLANG – Sebanyak 25 tan abu al-Quran dan buku agama telah dilupuskan dengan melepaskannya ke tengah laut berhampiran Pulau Angsa, hari ini.

Program anjuran kerajaan negeri itu turut mendapat kerjasama dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jika sebelum ini kaedah pelupusan itu dibuat dengan cara melontar abu Al-Quran ke laut, namun ia kini telah ditambah baik menggunakan gelongsor khas sebagai tanda menyantuni Al-Quran.

Abu yang telah dimampatkan menjadi kiub itu dilepaskan di lautan kira-kira 13 batu nautika dari Pelabuhan Klang dengan pimpinan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni.

Mohd. Zawawi berkata, program tersebut merupakan siri ketiga bagi menyempurnakan proses pelupusan 350 tan al-Quran dan buku agama yang rosak akibat banjir pada tahun 2021.

“Terima kasih kepada LZS, JAIS, Gas Malaysia Berhad dan dana Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI) yang membiayai kos keseluruhan serta polis marin untuk proses pengangkutan.

“Program ni ialah program untuk memuliakan al-Quran dan merupakan siri terakhir,” katanya ketika ditemui di Jeti Pengkalan Polis Marin Pelabuhan Klang, dekat sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI