fbpx
Gambar hiasan

Hujan, ribut petir di semua negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Keadaan sama turut berlaku di Perak, Terengganu (Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sarikei (Julau), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas).

“Cuaca buruk itu turut melibatkan negeri Sabah iaitu di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Sandakan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN