fbpx
Anwar meyantuni pengunjung sewaktu Projek Sabah Southern Madani Link di Sipitang. FOTO IHSAN FACEBOOK

Projek Sabah Southern Madani Link jamin bekalan elektrik stabil – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Projek Sabah Southern Madani Link di Sipitang disifatkan sebagai inisiatif strategik bagi memperkukuh sistem penghantaran elektrik negeri itu sekali gus meningkatkan keselamatan tenaga Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berkenaan turut menyokong pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui demi menjamin bekalan elektrik yang lebih stabil, mampan dan berdaya harap.

Menurutnya, ukuran sebenar kejayaan sesuatu projek bukan hanya terletak pada angka pelaburan atau pertumbuhan ekonomi yang dijana.

Sebaliknya, beliau berkata, ia perlu dinilai berdasarkan sejauh mana manfaat pembangunan itu dirasai rakyat terutama masyarakat di kawasan pedalaman.

“Projek yang mencabar dan berimpak tinggi seperti ini amat penting bagi Sabah dan negara kerana ia membuka ruang kepada penyertaan yang lebih besar dalam inisiatif Asean Energy Grid.

“Sekali gus meletakkan Malaysia sebagai hab penghubung tenaga serantau yang strategik,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata, kedudukan itu menuntut kebijaksanaan dalam perancangan, ketekunan pelaksanaan serta iltizam berterusan semua pihak.

Katanya, hasil pembangunan perlu diterjemahkan kepada kemudahan lebih baik, kos berpatutan dan kehidupan lebih sejahtera buat rakyat.

“Semoga projek ini dapat disiapkan mengikut jadual serta menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih inklusif.

“Ia juga diharap merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar serta membawa limpahan kemakmuran yang dapat dinikmati seluruh rakyat Sabah dan Malaysia amnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN