fbpx
Gambar perkongsian keadaan banjir oleh seorang penduduk di Tawau, Sabah.

‘Hujan tak berhenti di Tawau, air dah naik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tawau mula dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak semalam, dengan beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air sehingga menjejaskan laluan utama dan keselamatan penduduk.

Menerusi satu hantaran oleh pengguna @Salbiey_malek di Threads, dia memaklumkan kebanyakan kawasan di daerah itu sudah mula dinaiki air dan meminta orang ramai, khususnya penduduk Sabah agar berwaspada.

“Selamat pagi semua. Kebanyakan tempat dah mula banjir. Semoga semua baik saja. Hati-hati orang Sabah,” katanya.

Dalam perkongsian sama, wanita tersebut turut memuat naik rakaman video yang memaparkan keadaan banjir di beberapa lokasi dengan paras air yang berbahaya.

Menurutnya, salah satu jalan masuk ke kawasan Kongsi 8 telah terputus akibat banjir.

“Salah satu jalan masuk kawasan di Kongsi 8 (mungkin orang Tawau tahu) Jalan raya terputus,” katanya.

Dia turut memaklumkan hujan tidak berhenti sejak semalam sehingga menyebabkan paras air meningkat di kawasan rendah.

“Hujan tak berhenti, ada kawasan yang rendah air mula naik. Kawasan bandar dengar pagi tadi masih ok.

“Bukan semua tempat juga naik, kawasan rendah dengar-dengar terjejas,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen, hantaran itu turut dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai yang mendoakan keselamatan penduduk Tawau.

“Semoga semuanya baik-baik sahaja dan dalam lindungan Allah Yang Maha Berkuasa. Aamiin,” komen @Juariah.

“Alahai adik dan keluarga saya ada di sana,” komen seorang lagi pengguna.

“Moga tiada kemalangan jiwa, doakan untuk Tawau,” tulis @Agarwood. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN