KUALA LANGAT – Sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi di rumah sampah asrama kawasan itu, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Jelasnya, mayat bayi yang dibalut dengan kain ditemukan lelaki itu di rumah sampah blok asrama IPT tersebut.
“Susulan itu, polis berjaya mengenalpasti dan menahan seorang pelajar perempuan berusia belasan tahun. Kita percaya suspek adalah ibu kepada bayi itu namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya, pagi ini.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE














